elajar terbaik PLASMA berazam majukan industri sawit negara BANGI: Ketika kebanyakan pemuda lebih berminat berhijrah ke bandar dan menyertai kerjaya dalam bidang industri, Roslimin Mat Nawi mempunyai pandangan berbeza dengan memberi tumpuan membangunkan ladang sawit yang sebelum ini diusahakan oleh bapanya.
Google Maps API

Add a Google Map to your web page.

Google AJAX Search API

Google AJAX Search API

Integrate Google search into your web site, including Video, Local, and News.

Google AJAX Feed API

Google AJAX Feed API

Download Atom and RSS feeds from any server using only JavaScript.


Lebih menarik, Roslimin memiliki sijil Mekanikal Otomotif Diesel dari Politeknik dan sudah pasti mempunyai lebih banyak peluang untuk bekerja dalam bidang industri.

Namun minatnya lebih terarah dalam bidang pertanian dan menyedari akan perkembangan pesat dalam kerjaya itu membuatkan Roslimin tidak mahu melepaskan peluang menyertai Sijil Operator Mekanisasi Ladang yang bermula pada Februari lalu.

Kesungguhan peserta dari Felda Ciku Gua Musang, Kelantan itu membuahkan hasil apabila dia dianugerahkan peserta terbaik kursus itu pada 13 Julai lalu.

�Saya menyertai kursus ini selepas didatangi seorang pegawai Felda yang menawarkan kursus dan memberikan borang kepada saya kerana melihat kesungguhan saya mengerjakan ladang.

�Minat yang tinggi di samping keinginan untuk menambah kemahiran dalam bidang perladangan sawit membuat saya tidak teragak-agak untuk menyertai kursus ini,� katanya.

Beliau berkata, usaha meneruskan kerja di ladang kelapa sawit tercetus selepas melihat kesungguhan bapanya.

�Perlu bagi saya memajukan bidang ini dengan cara kerja yang lebih baik menggunakan teknologi yang dapat memberikan hasil lebih lumayan berbanding sebelumnya,� katanya.

Roslimin berkata, sebelum menyertai kursus itu, kerja di ladang sawit sawit dilakukan menggunakan tulang empat kerat, namun perubahan besar dirasakan sebaik melangkah ke Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) � Mekanisma Ladang apabila dia dan rakan pelatih lain diajar menggunakan peralatan berteknologi.

Selain penggunaan peralatan berteknologi, peserta juga didedahkan dengan khidmat nasihat dan juga khidmat sokongan.
 
Make a Free Website with Yola.